Pengikut

Pemberitahuan :-

Untuk ke blog utama saya :-
http://www.alraufi.blogspot.com/






Isnin, 3 Disember 2012

Tuan Guru Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki - Adab-Adab Menuntut Ilmu


Tuan Guru Syaikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki - Adab-Adab Menuntut Ilmu






Program Cinta Ilmu terbitan TV al-Hijrah bersama Ulama Tersohor Nusantara, Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki pada 30 Nov. 2012.
http://www.hanifsalleh.blogspot.com
http://www.hanifsalleh.blogspot.com/2012/12/adab-adab-menuntut-ilmu-cinta-ilmu.html


------------------------

Jumaat, 20 Julai 2012

Ustaz Kazim Elias - Fitnah Terhadap Rasulullah S.A.W


Ustaz Kazim - Fitnah Terhadap Rasulullah S.A.W - Vol 1 DVD - Disk 1

Ustaz Kazim - Fitnah Terhadap Rasulullah S.A.W - Vol 1 DVD - Disk 2



Menjawab segala tomahan yang dilemparkan terhadap Ustaz Kazim Al-Hafiz di Masjid Al--Ridhuan, Hulu Kelang pada 18 Mei 2012. 
Tomahan yang dilemparkan oleh dua orang ustaz terhadap Ustaz Kazim tanpa merujuk mana-2 kitab dan hanya menyampaikan ceramah dengan akal fikiran dan hanya cenderung mempertahankan kepentingan politik masing-masing.

USTAZ KAZIM ( FITNAH TERHADAP RASULULLAH 2012)


------------------------------

Khamis, 19 Julai 2012

Ustaz Zamihan al-Ghari - Khas Utk. Ustaz Azhar Idrus & TG Nik Aziz.




Penjelasan daripada Ustaz Zamihan al-Ghari berkaitan fahaman Tajsim yang merosakkan Aqidah umat Islam.
http://www.hanifsalleh.blogspot.com


----------

Ustaz Kazim Jawab Nik Aziz Hina Nabi





Sedutan dari ceramah Ustaz Kazim Elias di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Perak, pada 15hb Julai 2012 - bertajuk: Sokong Islam Anda Selamat. Rakaman penuh video in dapat di tonton di sini:http://youtu.be/lBmNzGC0DWI











--------------------

Rabu, 6 Jun 2012

Membongkar Aqidah Syi'ah


Membongkar Aqidah Syi'ah


Membongkar Aqidah Syi'ah





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 1 part 1





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 1 part 2





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 1 part 3





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 2 part 1





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 2 part 2





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 2 - part 3





Membongkar Aqidah Syi'ah Disc 2 - part 4






------------------------------



Sabtu, 2 Jun 2012

Ustaz Azhar Idrus - PENTING!! Akidah

Ustaz Azhar Idrus-Betul dulu akidah




Suntingan dari vcd Beriman,Berilmu & Beramal (UAI 09) Taman Permatang Pauh 19/11/2011

Sabtu, 19 Mei 2012

ustz don - jgn gunakan agama utk ke arah parti, individu, fahaman tertentu

ustz don - jgn gunakan agama utk ke arah parti, individu, fahaman tertentu dakwah dan tarbiyah agama Islam ini universal untuk semua manusia.. jangan kita sempitkannya dengan sesuatu.. gunalah parti utk agama bukan sebaliknya.. keikhlasan itu perlu dlm berdakwah.. agama mengajar mukmin berhak mendamaikan saudaranya yang bertelagah bukan memanjangkan pertelagahan dengan mencari-cari kesalahan masing-masing serta menghebahkannya.. Nabi SAW seperti sabdanya yang bermaksud, "Tinggalkan perbantahan kerana sesungguhnya Bani Isra'il telah berpecah menjadi 71 golongan dan orang-orang Nasrani berpecah menjadi 72 golongan, semuanya sesat kecuali as Sawadul A'zhom. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah sawadhul a'zhom itu? Nabi menjawab : mereka adalah orang-orang yang mengikuti aku dan para sahabatku, tidak berbantah-bantah dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli tauhid sebab dosa yang sudah diampuni oleh Allah. Kemudian Nabi bersabda : Sesungguhnya Islam itu datang dalam keadaan asing dan nanti akan kembali asing. Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah siapakah orang-orang asing itu? Nabi menjawab : Mereka adalah orang-orang yang berbuat kebaikan di kala orang ramai berbuat kerosakan, tidak berbantah-bantahan dalam agama Allah dan tidak mengkafirkan salah seorang di antara ahli Tauhid dengan sebab dosa yang telah dia lakukan." (Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Tabrani dalam al Mu'jam al Kabir jilid 8 halaman 152 dari Abi Darda', Abi Umamah, Watsilah bin al Asqa' dan Anas bin Malik) Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا "Dan jika ada dua golongan dari mereka yang beriman itu bertelagah hendaklah kamu damaikan antara keduanya." (Surah al-Hujuraat, 49: 9)

Selasa, 17 April 2012

Ustaz Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy - Jawapan "Istawa"( Pertanyaan Tentang TG Nik Aziz)



Ustaz Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy menjawab soalan dari hadirin tentang "Istawa" yang ditafsirkan oleh TG Nik Aziz sbg. duduk bersila lendik.
http://www.hanifsalleh.blogspot.com

Ustaz Zamihan al-Ghari - Ayat Al-Quran Yg Menyanggah Kata2 TG Nik Aziz




Teguran Ustaz Zamihan al-Ghari kpd. kenyataan TG Nik Aziz tentang kelahiran Nabi Muhammad s.a.w..
http://www.hanifsalleh.blogspot.com

Isnin, 19 Mac 2012

Ustaz Shahul Hamid ( Rokok Haram ! )



Renung-renungkan, dapat koleksi terbaru anda sekarang.

Sabtu, 17 Mac 2012

Bantahan Habib Rizieq Shihab Terhadap Ustadz Yazid Jawas

Bantahan Habib Rizieq Shihab Terhadap Ustadz Yazid Jawas Part 1


Bantahan Habib Rizieq Shihab Terhadap Ustadz Yazid Jawas part 2

ABTAR - Rasulullah Tiada Keturunan ??



Habib Rizieq Shahab, Abtar
Apakah benar Rasulullah tidak punya keturunan?
Ikuti pembentangan berikut..

TG Haji Salleh Bin Musa - Jangan Belajar Dgn, Wahhabiy, Syiah & Ajaran Kata Allah Di Langit.



Ini adalah pesanan dari Tuan Guru Hj Salleh Musa tentang ajaran2 yg sesat lagi menyeleweng spt. Wahhabiy, Syiah dan yg. mengajar Allah Duduk Selendik Di Atas Arasy'
http://www.hanifsalleh.blogspot.com

Sabtu, 18 Februari 2012

Nabi Muhammad serupa budak lain waktu kecil : Ustaz Kazim Elias minta Nik Aziz mengucap



Suntingan video Nik Aziz dan Ustaz Kazim Elias. Rakyat Kelantan dan Malaysia menolak ulamak yang sering mengelirukan umat Islam. TUKAR!

Demikianlah barang yang menas akan dia oleh Syaikh Ibnu Hajar di dalam dua kitabnya “Zawajir” dan kitab “Al-‘A’lam” dan hamba hendak mendatang akan setengah nasnya atas jalan iktisor iaitu berkata ia:

Ertinya: “Maka setengah daripada yang demikian itu bahawasanya, barang siapa maki ia akan Nabi kita Muhammad j atau mencela ia akan dia atau mengaib ia akan dia atau menghubung ia dengan dia akan kekurangan pada dirinya atau pada nasabnya atau menyerupai ia akan dia dengan suatu atas jalan maki dan menghinakan atau mengkecil ia dengan kejadiannya dan pekerjaannya atau membangsa ia kepadanya akan barang yang tiada patut ia dengan pangkatnya atas jalan cerca akan dia dan menghina akan dia atau permain-main ia pada jihahnya yang mulia dengan perkataan yang hina atau mengharus ia akan bangkit nabi kemudian daripadanya atau mencita-cita ia akan dirinya jadi nabi kemudian daripadanya atau mensifat ia akan dia dengan bukan sifatnya atau berkata ia: “Bahawasanya dirinya diwahyu kepadanya.” dan jika tiada mengaku ia nabi sekalipun iaitu adalah ia jadi kafir dengan satu daripada barang yang tersebut itu dengan ijma’ sekalian ulama’ dan dihubung dengan nabi kita pada segala yang tersebut itu akan yang lain daripada nabi kita daripada segala anbiya’ yang muwafaqah (muafakat) ulama’ atas nubuwwah mereka itu.

(Hidayatul Mutafakkirin – Syaikh Husain Nashir ibn Toyyib Al-Mas’udil Banjari, ms 33)

Ustaz Mohd Kazim Elias_100212_Pengkalan Pegoh, Batu Gajah, Perak

Ucapan Ustaz Kazim Elias pada 10 Februari 2012, di Padang Bola Sepak, Kampung Pengkalan Pegoh, Batu Gajah Perak. anjuran Jawatankuasa Mesjid Pengkalan Pegoh.

Jumaat, 17 Februari 2012

Habib 'Ali Al-Jufri: Pencerahan Bagi Yang Hendak Memahami



penjelasan dan pencerahan terhadap isu "cinta yang melampau-lampau terhadap nabi s.a.w"
potongan video dari program ilmiah "amantu" yang berlangsung pada ramadhan tahun lepas.

Khamis, 16 Februari 2012

Doktrin Asha'irah Dalam Perspektif Pembinaan Ummah Islamiyyah



Doktrin Asha'irah Dalam Perspektif Pembinaan Ummah Islamiyyah oleh Ustaz Muhammad 'Uthman El-Muhammady dalam perbincangan usrah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 7 April-09 di Kuala Lumpur

*******************************

**************************************

Text PDF :- Muat Turun


بسم الله الرحمن الرحيم

نحمده ونصلى على رسوله الكريم

Doktrin Asha’irah Dalam Perspektif Pembinaan Ummah Islamiyyah:

Satu Pengamatan Awal[1]


Oleh:


Muhammad ‘Uthman El-Muhammady


Pembinaan Ummah Islamiyyah Dalam Doktrin Asya’irah dalam Ahlissunnah wal-Jama’ah (termasuk juga Maturidiyyah yang merupakan satu daripada dua serangkai dimensi Ahlissunnah itu) melibatkan pembicaraan tentang dimensinya dalam akidah, epistemologi dan kedudukannya sebagai kerangka peradaban. Ini semestinya demikian kerana pandangan hidup ditentukan oleh akidahnya, dan ini yang menentukan perkara-perkara pokok dalam peradaban terutama yang menyentuh perkara-perkara asasi tentang Tuhan, alam, kehidupan, manusia dan keabadian.

Epistemologi pula semestinya dibicarakan kerana ia menyentuh dimensi kefahaman tentang ilmu pengetahuan, segi-segi, keadaan, ciri-cirinya dan dimensi-dimensi lainnya yang mencorakkan peradaban; di satu pihak ia mengenai akidah juga, tetapi jangkauannya lebih lagi daripada akidah, sebab ia menyentuh semua aspek tentang ilmu.

Kerangka peradaban pula ditentukan oleh akidah dan epistemologinya, termasuk pengalamannya dalam sejarah umat ini, yang menunjukkan hasil interaksi antara akidah dan epistemologi dengan kolektiviti manusia dalam pengalaman Islam di dunia ini.

Pembicaraan tentang pembinaan umat dilibatkan dengan doktrin kerana pada dasarnya umat adalah kolektiviti rabbani yang bermula dengan individu, dan individu menjurus kepada pembinaan umat hanya dengan adanya akidah, epistemologi dan kerangka peradaban yang muncul daripadanya.

Ahlissunnah: Doktrin Asya’irah Dalam Akidah:

Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari rd (260-324 H/874-935 M), namanya Abu al-Hasan ‘Ali ibn Isma’il ibn Abi Bishr Ishaq, pengasas aliran Asya’irah dalam Ahlissunnah wal-Jamaah, biasa disebut sebagai Abul-Hasan al-Asy’ari rd. Beliau mula-mulanya berpegang kepada aliran Mu’tazilah, kemudian menganut pegangan Ahlissunnah wal-Jamaah sebagaimana yang dijelaskan dalam riwayat hidupnya, antaranya sebagaimana yang diulaskan oleh Dr Fauqiyyah Husain dalam tulisannya berkenaan dengan imam ini.
Antara kitab-kitabnya yang banyak itu, nampaknya enam buah dipastikan antaranya: ‘Maqalat al-Islamiyyin’, ‘al-Risalah ila Ahl al-Thaghr bi Bab al-Abwab’, yang mengandungi huraian ringkas tentang ajarannya selepas ia berpegang kepada aliran Ahlissunnah; ‘al-Luma’ (اللمع)’, risalah ringkas tentang ajarannya yang diulas kemudiannya oleh al-Baqillani (men.1013) dan Ibn Furak (men.1015); ‘al-Iman’, tulisan ringkas tentang iman; ‘al-Ibanah ‘an Usul al-Diyanah’, yang memberi penerangan tentang pendirian Ahlissunnah dan menyanggahi aliran Mu’tazilah dan para pengikut Jahm ibn Safwan (men.745) antara lainnya; ia mengeluarkan hujah untuk memberi keabsahan kepada aliran Ahlissunnah.
‘Al-Hath ‘ala al-Bahth’, yang memberi hujah tentang penggunaan pemikiran dan pemberian dalil akli dengan penggunaan istilah-istilah yang formal, diarahkan kepada mereka yang menentangnya dalam perkara demikian; mungkin dikarang kemudian daripada ‘al-Ibanah’. Ini diterbitkan beberapa kali dengan judul ‘Istihsan al-Khawd fi ’Ilm al-Kalam’
Kemudian yang dimaksudkan Doktrin Asya’irah atau Ahlissunnah ialah ajaran dan amalan berdasarkan Qur’an, Sunnah, ijma’ dan kias (dan yang sepertinya) di kalangan mereka yang muktabar dalam sejarah umat Islam.
Ia berdasarkan hadith yang menyebut bahawa umat Islam berpecah kepada 73 golongan, yang selamat hanya satu, iaitu mereka ‘yang berada di atas perjalanan hidupku dan para sahabatku (ما أناعليه وأصحابى); mereka disebut sebagai ‘Ahlissunnah wal-Jamaah’ dalam hadith riwayat al-Tabarani dan juga hadith yang dinukil oleh al-Shahrastani rh dalam al-Milal wal-Nihalnya.
Ahlissunnah merupakan golongan yang berpegang kepada akidah Asy’irah (termasuk juga aliran Maturidiyyah) dalam Ahlissunnah, dengan menggunakan tafsir Ahlissunnah, ilmu hadith Ahlissunnah, fiqh Ahlissunnah, akhlak atau tasawwuf Ahlissunnah, ilmu nahu, saraf dan bahasa Ahlissunnah, para penjaga sempadan negeri-negeri Ahlissunnah (al-murabitun), dan orang-orang awam yang mengikut ulama Ahlissunnah. (al-Baghdadi, [antara pemuka Asya’irah dalam Ahlissunnah], dalam al-Farq bainal Firaq, dan Usul al-Dinnya). Ini dirujuk kerana ia merupakan hasil rumusan pengalaman Islam dalam sejarah dan peradaban selepas beberapa abad lamanya.
Ahlissunnah wal-Jamaah yang terhurai dalam doktrin Asya’irah kemudiannya bermula dengan Nabi salla’Llahu ’alaihi wa sallam dan para sahabatnya – Allah meredhai mereka semuanya; dikatakan Imam al-Ash’ari rd dan ulama kemudiannya sebagai imam dalam Ahlissunnah sebab ia menyusun hujah-hujah memberi jawapan kepada para penentang Ahlissunnah dan menjelas isu-isunya dengan nyata sehingga nyatalah kebenaran Ahlissunnah sampai sekarang. Adapun ajaran dan amalan Ahlissunnah pada zatnya sendiri bermula dengan Nabi salla’Llahu alaihi wa sallam.

Mereka yang berpegang kepada doktrin Asya’irah dalam Ahlissunnah wal-Jamaah adalah mereka yang mengikut huraian usul al-din atau aqidah mengikut Imam al-Ash’ari – seperti yang dihuraikannya dalam al-Ibanah, Maqalat al-Islamiyyin, dan lainnya dan al-Maturidi dalam Usul al-Din dan lainnya. Maka di abad keempat Hijrah memperlihatkan kegiatan para ulama utama: Imam al-Ash’ari rd mengembangkan ajarannya di Baghdad, Imam al-Tahawi di Mesir, dan di Samarqand al-Maturidi – Allah memberi rahmat kepada mereka semuanya.

Doktrin Asya’irah dalam Ahlissunnah dari segi akidah ertinya: akidah yang menerangkan rukun-rukun iman seperti Tuhan, para nabi dan rasul, malaikat, kitab samawi, akhirat dan qadha’ dan qadar.

Dihuraikan antaranya akidah sebagai tajuk-tajuk ilahiyyat, tentang ketuhanan, al-nubuwwat tentang kenabian, dan al-ghaibiyyat tentang alam ghaib, atau al-sam’iyyat, tentang perkara-perkara kebenaran yang diambil daripada Quran dan sunnah.

Akidah Asya’irah dalam Ahlissunnah (selain dari padanya Maturidiyyah) itu relevan dan mesti menjadi pegangan sampai sekarang dan seterusnya sehingga ke akhir zaman. Hanya huraian-huraiannya mungkin memerlukan tambahan-tambahan maklumat dan contoh-contoh untuk menjelaskan isu-isu yang dibicarakan. Kebenaran-kebenarannya terus diperlukan untuk menyelamatkan manusia secara hakiki. Ringkasnya doktrin Asya’irah dalam akidah Ahlissunnah mesti kekal menjadi pegangan umat dengan huraian-huraian tentang soal-soal ketuhanan, kerasulan dan alam ghaib.

Pendirian pascamodernis tentang akidah yang mahu supaya metafisika klasik ditolak (demetaphysicalization), alam ghaib atau ’yang transenden’ mesti ditolak, yang sakral mesti ditolak (desacralization), perkara-perkara luar biasa seperti mu’jizat mesti ditolak (demythologization), konfrontasi antara yang hak dan yang batil ditolak sebagai ’irrelevant confrontations’ – itu semuanya bercanggah dengan doktrin Asya’irah dalam Ahlissunnah wal-Jamaah dan mesti disanggah dan ditunjukkan tidak benarnya itu. Juga pendiriannya yang menolak kebenaran-kebenaran yang kekal abadi, sebab katanya, semuanya berubah-ubah mengikut ’imaginasi sosial’ – imaginasi sosiallah yang menerbitkan ilmu dan untuknya ilmu dilahirkan (knowledge is produced by and for social imagination) – itu menyanggahi doktrin Asya’irah dalam Ahlissunnah yang berdasarkan Qur’an, Sunnah dan ijma’ para imam yang menentukan akidah umat ini. Erti-erti dalam akidah kekal tidak berubah dari dulu sampai sekarang; tambahan-tambahan dalam huraian boleh berkembang tetapi hakikat kebenaran di dalamnya kekal.

Pembinaan Umat melibatkan segi epistemologi yang memandu dan menentukan coraknya:


Epistemologi ialah huraian berkenaan dengan takrif ilmu, kemuliaan ilmu, punca-punca ilmu, kategori-kategori ilmu, pentarafan ilmu, kesakralannya, matlamat dan objektifnya

Timbul takrifan ilmu sebagai mengetahui yang dimaklumi mengikut apa yang sebenarnya, dengan dalil dan yakin-seperti takrif Imam Shafi’i rd dalam al-Fiqh al-Akbarnya[2], dan lain-lainnya, sumber-sumber ilmu dengan Quran, Sunnah, ijma’, pengamatan pancaindera manusia dengan alat-alatnya, akal fikiran manusia, pengembangan aspek-aspek akal manusia, intiusi dan yang sepertinya, manusia dan ’malakah-malakah’nya, ilmu dengan taraf-tarafnya (ilmu yang akli, yang bersifat hal, yang berupa haqa’iq)

Kemunculan ilmu-ilmu dalam tamadun Islam seperti yang dihuraikan oleh ibn Khaldun dalam al-Muqaddimah, oleh ibn Nadim dalam al-Fihrist, oleh Tash Kopruzade dalam Miftah al-Sa’adah, demikian seterusnya

Huraian tentang perkembang ilmu-ilmu Syar’iyyah dengan ilmu-ilmu tentang Quran, hadith, tasawwuf, usul al-din, ilm al-kalam, fiqh, ilmu bahasa, nahu, sastera, balaghah, ilmu sirah, tarikh, falsafah dan etika; ilmu-ilmu akliah seperti fisik, biologi, seni bina, ilmu pertanian, dan seterusnya yang boleh dikembangkan kefahaman tentangnya dalam kerangka Ahlissunnah seperti yang disenaraikan oleh ibn Khaldun dalam bab VI al-Muqaddimahnya.

Maka lahirlah metodologi ilmu-ilmu dalam Islam dengan tafsir Quran dengan metodologinya, hadith dengan metodologinya, usul al-din dengan metodologinya, tasawwuf dengan metodologinya, sejarah dan sirah dengan metodologinya, demikian seterusnya dengan ilmu-ilmu seperti kimia, fisik, geografi, pertanian, pertukangan dengan metodologinya masing-masing (dan sekarang boleh ditambah dengan disiplin-disiplin baru seperti ICT, nanoteknologi, bioteknologi, kajian tentang angkasa lepas bila diperlukan, demikian seterusnya; semuanya berlaku dalam kerangka kefahaman tentang ilmu yang diajarkan dalam Ahlissunnah wal-jamaah.

Demikianlah keadaannya pandangan Asya’irah dalam Ahlissunnah sebagai epistemologi lengkap. Dan memang identiti Ahlissunnah wal-Jamaah adalah dari segi epistemologinya, sebagaimana yang jelas sekali dinyatakan oleh ’Aqbd al-Qahir al-Baghdadi rh dalam al-Farq bainal-Firaq dan Usul al-Dinnya. Demikian juga nampaknya apa yang ditunjukkan oleh al-Shahrastani rh dalam kitabnya al-Milal wa al-Nihal yang terkenal itu, antara lainnya

Ini perlu ditanggapi dengan nyata supaya dari segi epistemologi kita tidak tersasul membebaskan pengetahuan daripada kerangka besar ini, grand narrative ini.

Selain daripada Qur’an dan Sunnah serta ijma’ maka wacana-wacana Sunni yang menentukan panduan kita ialah dari segi aqidah Imam a-Ash’ari rd dan al-Maturidi rd, dari segi fiqh imam-imam mujtahidin, kalau kita di Dunia Melayu Imam al-Syafi’e rd, dari segi akhlak, kerohanian dan falsafah, Imam al-Ghazali rd dan yang sepertinya, dan kalau dari segi budaya dan peradaban, Ibn Khaldun dengan tambahan-tambahannya.

Yang menariknya Syah Waliyu’Llah al-Dihlawi rh dalam ’al-Khair al-Kathir’nya menyebut tentang keunggulan doktrin al-Asy’ari dan Imam al-Syafie, masing-masing dalam akidah dan fiqh sebagai doktrin yang paling menyamai apa yang menjadi pegangan para sahabat – Allah meredhai mereka semua. Amin.

Epistemologi Asya’irah (dan Maturudiyyah) dengan kutub-kutubnya seperti Asy’ari-Maturidi dalam akidah, para imam Mujtahidin dalam fiqh, al-Ghazali rd dan yang sepertinya dalam bidang kerohanian, akhlak, dan falsafah (di zaman moden termasuk Badiuzzaman Sa’id Nursi), serta ibn Khaldun (di zaman moden Malik Bennabi) dalam bidang ketamadunan dan budaya.


Ahlissunnah sebagai kerangka peradaban:


Dalam memahami Doktrin Asya’irah dalam Ahlissunnah sebagai kerangka peradaban kita boleh bermula dengan beberapa kenyataan pokok:

Yakni bahawa peradaban pada objektif terakhirnya adalah untuk menjadi alam di mana Kebesaran Tuhan dan kalimahNya terserlah; sebab itu Qur’an menyatakan (maksudnya); ’Dialah Tuhan yang menjadikan tujuh lapis langit dan bumi demikian juga, turun Perintah di kalangan semua itu supaya kamu mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah meliputi segalanya dengan ilmuNya’ (al-Talaq:12); dan ayat yang bermaksud: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepadaKu /menyembahKu’ (al-Dhariyat: 56); dan ayat yang bermaksud ’Bertasbih kepada Allah segala yang ada di langit dan di bumi Raja yang Maha Suci, Maha Tinggi dalam kekuasaan lagi Maha Bijaksana’ (al-Jumuah:1) dan yang sepertinya. Maka alam ini dijadikan untuk menjadikan nyata KebesaranNya dan kalamNya. Dan manusia dijadikan khalifahNya di bumi (Al Baqarah:30) … dengan diajarkan segala nama-nama benda dengan khasiat-khasiat dan kelebihan-kelebihannya (Al Baqarah:31) sebagaimana yang dihuraikan oleh Imam Fakhr al-Din al-razi dalam Tafsir al-Kabirnya, dan al-Baidhawi dalam Tafsirnya dan dilanjutkan huraian dalam hasyiahnya oleh Syaikh Zadeh. Dan manusia membina peradaban dengan mengimarahkan hidup di bumi.

Kemudian kita sampai kepada kenyataan bahawa agama sekurang-kurangnya ada tiga paras memahaminya; pertama ia sebagai wahyu dan nubuwwah (dengan pemahaman tentang Quran dan hadith); kemudian agama sebagaimana yang dihuraikan dalam teks-teks yang menyatakan secara terperinci ilmu-ilmu itu yang punca asalnya dari wahyu, nubuwwah dan pemahaman manusia; para pengikutnya ialah bila ia diamalkan oleh umat manusia dalam kumpulan ramai mereka (masyarakat atau kolektiviti mereka). Pada para sini timbul tamadun atau pada para sini timbul tamadun atau peradaban.

Dalam hubungan dengan peradaban kita boleh majukan pertanyaan: Tidakkah peradaban ’khaira ummatin’ di Madinah itu Sunni? (’ma ’ana ’alaihi wa ashabi’)? Kita jawab, ya Sunni. Tidakkah peradaban di Damsyik itu Sunni? Yang di Baghdad itu Sunni? Yang di Andalusia itu Sunni? Yang di Istanbul itu Sunni? Yang di Melaka, Semudera Pasai dan Acheh itu Sunni? Yang di Kahirah, Moroko itu Sunnni? Yang di Delhi itu Sunni (melainkan beberapa waktu yang tidak lama)? Peradaban-peradaban ini adalah peradaban Sunmni yang merupakan ’ambiance’ atau suasana alam manusiawi yang di dalamnya terjelma kebesaran Tuhan dan kalamNya.Ya, ada kelemahan-kelemahannya kerana dunia ini bukan jannatul-firdaus. Tetapi inilah alam-alam manusiawi yang di dalamnya terjelma kebesaran Ilahi dan kalamNya dengan cara yang sebaiknya sebelum daripada kemunculan alam yang kekal abadi itu. Dan alam-alam manusiawi yang kita sebut sebagai peradaban itu muncul dalam kerangka kefahaman Ahlissunnah wal-jamaah, bukan Khawarij, Batiniyyah dan lainnya. Golongan lain boleh berada dan berfungsi di dalamnya sebab kerangka ini sangat toleran dan bertasamuh; kerangka lain jelas tidak mempunyai sifat-sifat yang ada padanya. Ia adalah kerangka ’menengah’ yang menjadi corak bagi umat ini. Maka peradaban dalam kerangka inilah yang kita perlu teruskan dan semarakkan lagi kejayaannya. Amin.

Sekadar menyebut beberapa nama tidakkah al-Juwaini pengikut Asya’irah? Al-Baqillani? Al-Ghazali, Fakhr al-Din al-Razi, al-Sanusi? Salah al-Din al-Ayyubi? Dan da’i terkenal al-syahid Hasan al-Banna adalah pengikut Asy’irah? Ringkasnya mereka dan ramai yang lain lagi adalah pengikut Ahlissunnah wal-Jamaah, termasuk para pengikut mazhab yang empat itu;’ mereka di Dunia Melayu adalah Ahlissunnah dan pengikut Imam al-Asy’ari. Teks-teks usul al-din di Dunia Melayu adalah teks-teks yang memaparkan aliran Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari rd.

Apakah kerangka itu? Sekadar menyebut untuk pendahuluan ia adalah kerangka yang dicirikan oleh elemen-elemen pokok:

Tauhid dengan huraiannya yang mencakupi semua perkara, daripada tauhid tentang Tuhan, tentang kehidupan manusia, diri manusia, masyarakat, umat

Tauhid dalam pemahaman ilmu dan tamadun

Kenabian dengan kedudukannya sebagai punca ilmu pengetahuan, panduan tentang ilmu pengetahuan, panduan hidup bertamadun dan masyarakat

Hidup dunia dan akhirat diberikan perspektif yang betul secara integrasi tidak terpisah-pisah antara keduanya, dengan itu tidak ada sekularisme dalam erti falsafah di dalamnya; demikian pula yang lain-lain yang sepertinya.

Kemuliaan ilmu pengetahuan dan kemajuannya serta pengembangannya , yang berfaedah dijayakan, yang berbahaya tidak dijayakan

Kedudukan yang wajar antara agama, wahyu dan ilmu pengetahuan

Kedudukan yang sepadu antara ilmu akli dan nakli

Kedudukan yang harmonis antara seni dan sains serta teknologi

Islamisasi ilmu dalam kerangka epistemologis Asya’irah dalam Ahlissunnah wal-Jamaah

Hubungan yang baik dan harmonis antara individu, keluarga dan masyarakat dengan adab-adab dan aturan-aturannya

Kedudukan sepadu dan terarah dalam hubungan antara ulil-amri dan umat umumnya

Kedudukan epistemologi Asyariah dalam Ahlissunnah (termasuk Maturidiyyah) dalam hubungan dengan pemikiran moden dan pascamodern (yang memerlukan pendetailan)

Budaya ’al-din al-nasihah’ yang berkesan dan menyeluruh, bukan budaya ’anti-establishment culture’

Kemajuan duniawi sebagai suasana untuk pembentukan hidup membina peribadi manusia berdasarkan ’budaya uswatun hasanah’ bukan budaya ’selebriti’ (walaupun selebriti dalam perspektifnya yang betul dibenarkan)

Kesedaran tentang kedudukan hubungan yang harmonis di kalangan bangsa-bangsa dan kaum-kaum serta agama-agama


Demikianlah secara ringkasnya – sebagai pengamatan-pengataman awal – pembicaraan tentang doktrin Asya’irah dalam perspektif pembangunan ummah Islamiyyah dan elemen-elemen pokok dalam pembinaannya. Dengan itu maka pemikiran dalam bidang ini perlu diteruskan dengan membuat perincian dalam bahagian-bahagian yang memerlukannya, dengan pembetulan dan penambahan di mana yang diperlukan, serta dengan langkah-langkah praktikal dalam menjayakannya, bersekali dengan penyusunan langkah-langkah jangka pendek dan jangka panjang dalam menjayakannya. Moga-moga Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus, amin.


Wallahu a’lam.

[1] Untuk perbincangan dalam usrah Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) pada 7 April-09 di Kuala Lumpur

[2] Takrifnya dalam ‘al-Fiqh al-Akbar’nya ialah ‘pengetahuan tentang yang diketahui mengikut apa yang sebenarnya’ (ma’rifatul ma’lum ‘ala ma huwa bihi) dan takrif yang seperti itu terdapat pada teks ‘al-Tamhid’ oleh al-Baqillani yang merupakan pemuka Asya’irah yang terkenal itu.

http://muafakatmalaysia.com/2009/04/06/doktrin-asha%E2%80%99irah-dalam-perspektif-pembinaan-ummah-islamiyyah/

http://muafakatmalaysia.com/2009/03/26/usrah-bulanan-april-2009/

Selasa, 14 Februari 2012

Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa - Seputar Asma`ul Husna - Mesti Lihat!

Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa - Seputar Asma`ul Husna - Mesti Lihat! from ukhti27 on Vimeo.



❝ Dan beruntunglah jiwa yang terpanggil untuk bermunajat, melafazkan Nama-Nama ALLAH سبحانه وتعالى . Sungguh tiada bibir yang lebih agung di alam ini, selain bibir yang melafazkan Nama ALLAH, dan tiada suara yang lebih indah dari suara yang melantunkan Nama ALLAH, dan tiada yang diseru dan dipanggil melebihi ALLAH سبحانه وتعالى...♥ ❞


- Guru Mulia al-Habib Munzir bin Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى

Khamis, 9 Februari 2012

Maulid Akhbar 1433 H

Maulid Akhbar 1433 H - Siang


Maulid Akhbar 1433 H - Malam

Khamis, 12 Januari 2012

Rabu, 4 Januari 2012

Lambaian Mahabbah - Sempena Tahun Baru 2012




Masjid Negeri Selangor - Lambaian Mahabbah - Sempena Tahun Baru 2012 bersama Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah

Al-Habib 'Umar Bin Muhammad Bin Hafidz

Al-Habib 'Umar Bin Muhammad Bin Hafidz

Ceramah Al-Habib 'Umar bin Hafiz


Habib Umar Di Indonesia 1429H :- Klik
Habib 'Umar :- Klik


------


Maulid Adh-Dhiyaul Lami' - Al-Habib 'Umar bin Hafiz


01 Adh-Dhiyaul Lami' :- Klik
02 Adh-Dhiyaul Lami' :- Klik Versi Lama atau Klik Versi Baru 2009
Qasidah 01 :- Klik
03 Adh-Dhiyaul Lami' :- Klik atau Klik Versi Baru 2009
04 Adh-Dhiyaul Lami' :- Klik atau Klik Versi Baru 2009
05 Adh-Dhiyaul Lami' :- Klik atau Klik Versi Baru 2009
06 Adh-Dhiyaul Lami' :- Klik atau Klik Versi Baru 2009

--


Habib 'Ali Al-Jufri


Ayyuhal Murid :- Klik
Kecintaan Bilal Kepada Rasulullah :- Klik
Kelahiran Manusia Utama :- Klik
Pencerahan Bagi Yang Hendak memahami :- Klik
Maulidur Rasul :- Klik

-----------

Al-Habib Mohammad Al-Saggaf

Al-Habib Mohammad Al-Saggaf

Al-Habib Muhammad As-Saqqaf

Jenis-Jenis Hati :- Klik
Malu Yang Dikeji :- Klik
Bersyukur dan Menghargai Ni'mat :- Klik
Rasulullah Sentiasa Senyum :- Klik
Berwudhu' Cara Rasulullah :- Klik


--------

Habib Munzir ibn Fuad al-Musawa - Seputar Asma`ul Husna - Mesti Lihat!


Seputar Asma`ul Husna - Mesti Lihat! :- Muat Turun
Tausiyah Habib Munzir Al-Musawa :- Klik


-----

Habib Rizieq Shihab

Bantahan Habib Rizieq Shihab Terhadap Ustaz Yazid Jawas :- Klik
Abtar - Rasulullah Tiada Keturunan?? :- Klik
'Aqidah Syiah:- Klik
Ditanya Tentang Syiah:- Klik
101 Ciri Ahlus Sunnah wal Jama'ah :- Klik



------

Syeikh 'Ali Juma'ah - Mufti Mesir

Hikam No 1 : Jangan Bergantung Kepada Amalanmu :- Klik
Hikam No 2 : Berusaha atau Bertawakal :- Klik
Hikam N0 3 : Qadar Allah Tidak Mampu Dicabar :- Klik
Hikam No 4 : Rehatkan Dirimu Dari Tadbir :- Klik





----

Al-Fadhil Al-Walid Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Abdullah Al-Banjari Al-Makk

Masjid Negeri Selangor - Tafaqquh Fiddin 07 Julai 2011 :- Klik
Masjid Negeri Selangor - Tafaqquh Fiddin 17 Ogos 2011 :- Klik

Penerangan tentang Jama'ah Tabligh :- Klik
Penjelasan Wahabi :- Klik
Bid'ah - Antara Hasanah & Dhalalah :- Klik
Lambaian Mahabbah - Sempena Tahun Baru 2012 :- Klik

Adab-Adab menuntut Ilmu :- Klik
Solat Dhuha :- Klik


----

Majlis Haul

Majlis Haul Akhbar Imam Al-Haddad 8 Oktober 2011:- Klik





-------------------------

Tuan Guru Baba Haji Ismail Sepanjang

Tuan Guru Baba Haji Ismail Sepanjang

Tuan Guru Baba Haji Isma'il Sepanjang Al-Fatoni

Penjelasan Ayat Mutasyabihat :- Klik

Tuan Guru Baba Ismail Sepanjang Al-Fatoni - Masjid Negeri Melaka :- Klik











-----------

Tuan Guru Salleh Musa

Tuan Guru Salleh Musa

Tuan Guru Haji Salleh Bin Musa


Faridatul Faraid :- Klik






Jangan Belajar Dengan Wahabi, Syiah dan Ajaran Kata Allah Di Langit :- Klik



Tuan Guru Haji Ghazali Ahmad (Baba Li)



Kifayah Al-'Awam :- Klik




-------------



Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini

Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini

Koleksi Pelbagai Kuliah Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini




Ceramah Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini :- Klik

Permasahan Haidh, Nifas dan Istihadhah: Klik

Hikam & Pedoman :- Klik

Khulasoh Sifat 20 - Masjid Jamek Al-Ihsan, Taman Samudera, Manjung, Perak :- Klik

Sirajul Huda

Sirajul Huda - Masjid Saidina Abu Bakar As-Shiddiq PGA Ulu Kinta, Ipoh Perak :- Klik

Ta'lim Muta'allim

Ta'lim Muta'allim - Masjid Sultan Azlan Shah, Perak :- Klik

Pati Faridah

Pati Faridah - Surau At-Taqwa Kg Padang Che Mas, Baling Kedah :- Klik

Pati Faridah - Surau Al-Falah Kampung Selarong, Pengkalan Hulu Perak : - Klik

Pati Faridatul Faraid - Masjid Al-Ghufran, Felda Lepang Nenering, Pengkalan Hulu Perak :- Klik

Pati Faridatul Faraid - Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak :- Klik

Pati Faridah - Masjid Qariah, Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah :- Klik

Paku Iman

Paku Iman - Masjid Ar-Rahmaniah, Kampung Alai, Gerik, Perak:- Klik

Paku Iman - Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh Perak :- Klik

Paku Iman - Surau An-Nur, Kampung Jagor, Gerik, Perak :- Klik

Paku Iman - Masjid Muttaqin, Malim Nawar, Perak :- Klik

Paku Iman - Surau Al-Muttaqin, Taman Puncak Bougaivillea, Kuala Kangsar, Perak :- Klik

Paku Iman - Masjid Matang Gedung, Sungai Petani, Kedah :- Klik

Paku Iman - Surau Wan Nong,Taman Desa Permata, Gerik, Perak :- Klik

Paku Iman - Masjid Banggol Batu, Lenggong, Perak:- Klik

Paku Iman - Surau Madah, Seri Manjung, Perak :- Klik

Paku Iman - Masjid Lama Tok Bandar, Pulai, Baling :- Klik

Husun Hamidiyah

Husun Hamidiyah - Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh Perak :- Klik

Husun Hamidiyyah - Surau Al-Hidayah, Taman Seri Bayu, Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah :- Klik

Husun Hamidiyyah - Surau Paksi, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah :- Klik


Fathul Qorib

Fathul Qorib - Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak :- Klik

Fathul Mu'in

Fathul Mu'in - Surau Amaliah, Taman Sentosa, Kampar, Perak:- Klik

Fathul Mu'in - Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak :- Klik

Minhajul 'Abidin

Minhajul 'Abidin - Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh Perak :- Klik

Hikam

Hikam - Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Dairy, Ipoh Perak:- Klik

Kitab Hikam - Masjid Jamek Al-Amin, Tambun, Ipoh, Perak:- Klik

Hikam - Surau Kampung Tersusun Batu 6, Tambun, Ipoh, Perak :- Klik


Ummul Barahin

Ummul Barahin - Masjid Tunku Sallehuddin, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah:- Klik

Ummul Barahim - Surau Al-Ansar, Taman Seri Palma, Bandar Seri Botani, Perak :- Klik

Kitab Ummu Barahin - Surau Kampung Jong, Gerik, Perak:- Klik

Qurratul Ain

Qurratul Ain - Masjid Sultan Azlan Shah - Jabatan Agama Islam Perak, Ipoh, Perak, INTIM :- Klik

Jauharah At-Tauhid

Jauharah At-Tauhid - Masjid Muhammadiah, Tasek Jaya, Ipoh, Perak :- Klik

Sulam Mubtadi

Sulam Mubtadi - Masjid Kampung Dalam Wang, Baling, Kedah:- Klik

Sulam Mubtadi - Masjid Banggol Batu, Lenggong, Perak. :- Klik

Mathla' Al-Badrain

Mathla' Al-Badrain - Mathla' Al-Badrain - Masjid Jamek Gerik :- Klik

Penawar Bagi Hati

Kitab Penawar Bagi Hati - Surau Al-Hijrah Kampung Talang :- Klik

Dhiyaul Murid

Dhiyaul Murid - Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak:- Klik

Daurah Dhiyaul Murid :- Klik

Dhiyaul Murid - Surau At-Taqwa, Bandar Amanjaya, Sungai Petani , Kedah:- Klik

Dhiyaul Murid - Surau Darussalam Taman Chepor Sentosa Ipoh Perak :- Klik


----



Ustaz Wan Junaidi

Ustaz Wan Junaidi

Koleksi Pelbagai Kuliah USTAZ WAN JUNAIDI WAN JAAFAR


Ceramah

Koleksi Ceramah :- Klik

Faridatul Faraid

Faridah & Munyah - Surau Al-Iman, Losong Panglima Perang Ktrg :- Klik

Faridatul Faraid - Masjid Wakaf Tembesu, K. Nerus, Terengganu. :- Klik

Pati Faridah

Pati Faridah & Hidayatus Salikin - Masjid Bukit Payung, Marang, Terengganu :- Klik

Pati Faridah - Masjid Sultan Ahmad, Kemaman :- Klik


Aqidatun Najin

Aqidatun Najin - Surau Al Ikhwan (flat Gelung Bilal) Ktrg :- Klik

WISYAHUL AFRAH

WISYAHUL AFRAH & PENAWAR BAGI HATI - Masjid At-Taqwa, Durian Burung:- Klik

Wisyahul Afrah - Masjid Sultan Ahmad, Kemaman :- Klik


Hidayatus Shibyan

Hidayatus Shibyan - Surau Annur, K Terengganu :- Klik

HIDAYATUS SHIBYAN - MAAHAD TAHSIN, BUKIT BESAR :- Klik


Hidayatus Salikin

Hidayatus Salikin - Masjid Darul Islah, Pulau Ketam :- Klik

Minhajul 'Abidin

MINHAJUL ABIDIN & FATHUL MU’IN
MASJID BELADAU KOLAM, MANIR :- Klik

Minhajul 'Abidin- Terjemahan Haji Zakaria Kedah (Tasawuf) - Masjid Pengadang Baru, K. Terengganu :- Klik

Minhajul 'Abidin - Masjid Abidin :- Klik
Minhajul Abidin Sheikh Daud Al Fathoni : Klik


Penawar Bagi Hati

Penawar Bagi Hati - SURAU AL IMAN LOSONG PANGLIMA PERANG K.TERENGGANU -Subuh :- Klik

Penawar Bagi Hati - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), K Terengganu :- Klik

Penawar Bagi Hati - Masjid Sultan Ahmad :- Klik

Fathul Muin

Fathul Muin - Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), K Terengganu :- Klik


Safinatun Naja

Safinatun Naja :- Klik

Idaman Penuntut

Idaman Penuntut :- Klik


Kifayatul Muhtadi

Kifayatul Muhtadi - Masjid Jamek Pengadang Baru, K Terengganu :- Klik

Al-Misbahul Munir

AL MISBAH AL MUNIR - Masjid Khalifah Jalan Pusara, K Terengganu :- Klik

----



Koleksi Tuan Guru Wan Ismail Al-Fatoni


Faridatul Faraid :- Klik
Bakuratul Amani :- Klik
Irsyadul Ibad :- Klik
Paku Iman :- Klik





----------





Ustaz Tengku Mohd Fouzy


Di Manakah Allah? (Bahagian 1) :- Klik
Di Manakah Allah? (Bahagian 2) :- Klik

Seminar "Imam Ahlus Sunnah wal Jama'ah: Imam Abul Hasan Al-Asy'ari"

1. Siapakah Imam Abul Hasan Al-Asy'ari :- Klik
2. Ikhtilaf Dalam 'Aqidah :- Klik
3. Tafsir Ayat 7 Surah Al-Imran :- Klik
4. Perbezaan Salaf Al-Asya'irah & Salafiah :- Klik
5. Di Manakah Allah :- Klik

***************

Ziarah Maqam Wali Allah:- Klik



----

Ustaz Kazim Elias

Jangan Hina Pemerintah :- Klik
Nik Aziz Hina Nabi, Ustaz Kazim Pertahan Nabi:- Klik
Nabi Muhammad Serupa Budak Lain Waktu Kecil: Ustaz Kazim Elias Minta Nik Aziz Mengucap :- Klik
Ustaz Kazim Jawab Nik Aziz Hina Nabi :- Klik

Fitnah Terhadap Rasulullah :- Klik
Bid'ah :- Klik



---------

Ustaz Zamihan Al-Ghari

Khas Untuk Ustaz Azhar Idrus & Tg Nik Aziz :- Klik
Ayat Al-Qur'an Yang Menyanggah Kata-Kata Tg Nik Aziz :- Klik

---------

Ustaz Muhammad 'Uthman El-Muhammady


1. Doktrin Asya'irah Dalam Perspektif Pembinaan Ummah Islamiyyah :- Klik





---------------

Ustaz Shahul Hamid

Rokok Haram! :- Klik



------

Ustaz Azhar Idrus

Bid'ah Hasanah :- Klik
Tuan Guru Hj Isma'il Sepanjang Al-Fatoni :- Klik
20 Sifat Allah :- Klik
Jahil Sekampung :- Klik
Punah Aqidah :- Klik

Nikah Dalam Masjid :- Klik
Jahil Sekeluarga :- Klik
Betul Dulu 'Aqidah :- Klik
Penting!! 'Aqidah :- Klik


------

Ceramah

Wajib Bermazhab :- Klik
Kitab Fadhail Maulana Zakaria :- Klik
Habib Hasan bin Jafar As-Segaf :- Klik
Syeikh Muhammad Hisham Kabbani :- Klik
Al-Habib 'Abdur Rahman bin Ahmad As-Segaf :- Klik

Al-Habib 'Abdur Rahman bil Faqih (1) :- Klik
Al-Habib 'Abdur Rahman bil Faqih (2) :- Klik
Al-Habib Munzir Al-Musawa :- Klik
Sayyidi 'Abdul Rashid bin Muhammad Sa'id :- Klik
AL-'ALIM 'ALLAMAH AL-'ARIF BILLAH Al-MURABBI AL-MURSYID AL-SYEIKH PROF. DR. MUHAMMAD ABDUL LATIF BIN MUHAMMAD SOLEH AL-FARFOUR AL-HASANIYY AL-DIMASYQIYY :- Klik

Ustaz Haji Zainol Asri bin Haji Ramli :- Klik
Nik aziz hina Nabi, Ustaz Kazim pertahan Nabi :- Klik
Habib Zein bin Ibrahim (12 Jun 2011):- Klik
Syeikh Isma'il Sodik Al-Adawi (Rumusan Isra' wa Mi'raj) :- Klik
Sifat Solat Nabi Yang Sohih :- Klik

Membongkar 'Aqidah Syi'ah :- Klik
Ustaz Ahmad Hafiz Al-Bakaniyy - Jawapan "Istawa" (Pertanyaan Tentang Tg Nik Aziz) :- Klik
Kisah Sejarah Wahabi - Tuan Guru Baba Lah Sarah :- Klik



---



Maulid, Zikir, Qasidah, Nazam dan Sebagainya

Qasidah Qod Tammallah Maqoshidna :- Klik
Qasidah Nasiim :- Klik
Qasidah Ya Sayyidi Ya Rasulullah :- Klik
Qasidah Allah Ya 'Azhim :- Klik
Qasidah Khairul Bariyyah :- Klik

Di Istiqlal Jakarta :- Klik
Di Istiqlal Jakarta :- Klik
Nazam 'Aqidatul 'Awwam :- Klik
Asma' Al-Husna :- Klik
Habib Munzir Al-Musawa & Habib Syech :- Klik 1 - Klik 2 - Klik 3

Qasidah Ya Robbama :- Klik
Qasidah Salamun Salamun :- Klik
Qasidah Muhammadiyyah :- Klik1 - Klik 2 - Klik 3 - Klik 4
Maulid Ad-Daiba'i :- Klik
Habib Syech 'Abdul Qadir As-Segaf :- Klik

Qasidah Sidnan Nabi :- Klik
'Aqidatul Mujmalah :- Klik
Rabbanan Fa'na :- Klik
Surah Mulk :- Klik
Surah Al-Hadid :- Muat Turun

Ulama' Penyejut Umat :- Klik
Maulid Ad-Daiba'i :- Klik
Zikir Tuan Guru Nik Aziz :- Klik
Qasidah Tholama Asyku Gharomi :- Klik
Hizib Daur Al-'Ala :- Klik






--







Habib Hasan bin Ja'far As-Saqqaf

01 Robbi Faj'alna :- Klik



-


Habib Syech 'Abdul Qadir As-Segaf

Maulid 1 :- Klik
Maulid 2 :- Klik


---


Bersama Al-Habib 'Abdur Rahman ibn Al-Habib 'Abdullah

Bersama Al-Habib 'Abdur Rahman ibn Al-Habib 'Abdullah

Dr. Harun Din - Mp3

Dr. Harun Din - Penjelasan Tentang Solawat Syifa' & Tafrijiyyah :- Muat Turun


---


Ceramah Ustaz Ahmad Ismail

koleksi Ceramah Ustaz Ahmad Ismail yang saya miliki, asal kaset saya tukarkan kepada mp3 kecuali nombor 09 hingga 12 dan 15 yang dimuat turun dari blog lain.



01. Kehidupan Di Alam Barzakh Vol 1 :- Muat Turun
02. Kehidupan Di Alam Barzakh Vol 2 :- Muat Turun
03. Rahmat Nabi Kepada Ibu Bapa Vol 1 :- Muat Turun
04. Rahmat Nabi Kepada Ibu Bapa Vol 2 :- Muat Turun
05. Perjalanan Roh Di Alam Barzakh Vol 1 :- Muat Turun
06. Perjalanan Roh Di Alam Barzakh Vol 2 :- Muat Turun
07. Mati Beriman Khusnul Khotimah Vol 1 :- Muat Turun
08. Mati Beriman Khusnul Khotimah Vol 2 :- Muat Turun
09. 4 Golongan Manusia Apabila Mati :- Muat Turun
10. Ketika Mayat Berada Dalam Kubur :- Muat Turun
11. Suara Roh Bila Meninggalkan Jasad :- Muat Turun
12. Akhlak Rasulullah :- Muat Turun
13. Saat-Saat Nazak Vol 1 :- Muat Turun
14. Saat-Saat Nazak Vol 2 :- Muat Turun
15 Saat-Saat Nazak :- Muat Turun

----


Koleksi Kuliyyah Dr. Harun Din - Kitab Minyatul Musolli

Koleksi kuliyyah Kitab Munyatul Musolli oleh Dr. Harun Din dimuat turun dari laman web Darusy Syifa' atau Mymaktabaty :

01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Rukun & Syarat :- Muat Turun
03 Syarat Sah :- Muat Turun
04 Rukun 1 :- Muat Turun
05 Rukun 2 :- Muat Turun

06 Sunat :- Muat Turun
07 Rahsia Solat :- Muat Turun
08 Pergerakan Solat :- Muat turun
09 Syarat & Kesempurnaan 1 :- Muat turun
10 Syarat & Kesempurnaan 2 :- Muat turun

11 Pendekatan Solat :- Muat Turun
12 Pengertian Bacaan :- Muat Turun
13 Sujud Sahwi :- Muat Turun
14 Perbuatan Sunat & Makruh :- Muat Turun
15 Memelihara Solat :- Muat Turun

16 Solat Juma'at :- Muat Turun
17 Permasalahan Solat Juma'at :- Muat Turun
18 Kewajipan Solat 1 :- Muat Turun
19 Kewajipan Solat 2 :- Muat Turun
20 Solat Sunat :- Muat Turun

21 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 1 :- Muat Turun
22 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 2 :- Muat Turun
23 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 3 :- Muat Turun
24 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 4 :- Muat Turun
25 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 5 :- Muat Turun

26 Keadilan & Kezaliman Pemerintah 6 :- Muat Turun
27 Muwafiq & Masbuq :- Muat Turun


---


Siri Kuliyyah Dr. 'Abdul Basit 'Abdul Rahman - Kitab Munyatul Musolli

Koleksi Kuliyyah Kitab Munyatul Musolli oleh Dr. 'Abdul Basit 'Abdul Rahman dimuat turun dari laman web Mymaktabaty :

01 Muqaddimah :- Muat Turun
02 Pembukaan Kitab :- Muat Turun
03 Syarat Sah Solat :- Muat Turun
04 Falsafah Solat :- Muat Turun
05 Syarat Sah Solat 1 :- Muat Turun

06 Syarat Sah Solat 2 :- Muat Turun
07 Rukun Solat 1 :- Muat Turun
08 Rukun Solat 2 :- Muat Turun
09 Sunat Ab'adh & Sunat Haiah 1 :- Muat Turun
10 Sunat Ab'adh & Sunat Haiah 2 :- Muat Turun

11 Sejarah Solat : Muat Turun
12 Kesempurnaan Syarat & Rukun Solat 1 :- Muat Turun
13 Kesempurnaan Syarat & Rukun Solat 2 :- Muat Turun
14 Sujud Sahwi 1 :- Muat Turun
15 Sujud Sahwi 2 :- Muat Turun

16 Perkara Makruh Dalam Solat :- Muat Turun
17 Zikir Selepas Solat 1 :- Muat Turun
18 Zikir Selepas Solat 2 :- Muat Turun
19 Bab Solat Juma'at 1 :- Muat Turun
20 Bab Solat Juma'at 2 :- Muat Turun

21 Hukum Meninggalkan Juma'at :- Muat Turun
22 Solat-Solat Sunat 1 :- Muat Turun
23 Solat-Solat Sunat 2 :- Muat Turun
24 Solat-Solat Sunat 3 :- Muat Turun
25 Solat-Solat Sunat 4 :- Muat Turun

26 Solat-Solat Sunat 5 :- Muat Turun
27 Tatmim 1 :- Muat Turun
28 Tatmim 2 :- Muat Turun
29 Tatmim 3 :- Muat Turun
30 Tatmim 4 :- Muat Turun

31 Tatmim 5 :- Muat Turun
32 Kitab Mardhiyyah 1 :- Muat Turun
33 Kitab Mardhiyyah 2 :- Muat Turun
34 Kitab Mardhiyyah 3 :- Muat Turun


---